Adakah Rakyat Peduli Tentang Peralihan Kuasa PM 8 ? | Malaysia News
September 17, 2024

Adakah Rakyat Peduli Tentang Peralihan Kuasa PM 8 ?

Adakah Rakyat Peduli Tentang Peralihan Kuasa PM 8 ?

KUALA LUMPUR: 70 peratus daripada rakyat Malaysia tidak memberi perhatian khusus kepada isu peralihan kuasa dalam kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan.

Keputusan ini diperolehi menerusi kajian yang dilakukan Kumpulan Karim Raslan Asosiation (KRA)-Group pada November lepas.

Pengarah Strategi mereka, Amir Fareed Rahim berkata ini kerana rakyat lebih memberi perhatian kepada isu berkaitan kos sara hidup mereka.

“Namun, jika mereka mendalami isu peralihan kuasa ini, mungkin mereka akan sedar bahawa peralihan kuasa di atas mungkin akan membawa perubahan polisi yang lebih memanfaatkan mereka.

“Walau bagaimanapun, rakyat tidak melihat isu ini sedemikian. Mereka melihat polisi Pakatan Harapan secara keseluruhan, bukan sahaja siapa berada di atas,” katanya.

Beliau ditanya tentang isu-isu yang dihadapi kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020.

Antara isu yang menjadi perkara utama adalah tempoh peralihan jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir telah dilaporkan berkata bahawa penyerahan jawatan itu tidak akan berlaku sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang akan menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah pada November 2020.

Sebelumnya Pada November 2019

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad senada dan sependapat bahawa isu peralihan kuasa antara mereka berdua seperti yang rancak didebatkan perlu dilakukan secara aman dan teratur.

Presiden PKR dan Perdana Menteri itu juga mencapai persetujuan bahawa, peralihan kuasa akan dilakukan dalam tempoh yang munasabah serta mendapat persefahaman bersama.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan, beliau dan Dr Mahathir juga tidak bersetuju sekiranya ada usaha lain yang menyimpang dari persetujuan tersebut atau menggunakan nama mereka berdua dalam mana-mana muslihat lain.

“Pendirian Tun Dr Mahathir dan saya berhubung isu peralihan kuasa sama sekali tidak pernah berubah seperti yang dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) dan dijanjikan berulang kali oleh Perdana Menteri,” kata Anwar dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Anwar sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri selama setengah jam di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini pada Khamis.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar juga memaklumkan, beliau telah memohon persetujuan Dr Mahathir untuk mengeluarkan kenyataan berhubung beberapa isu.

Kata Anwar lagi, beliau dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga bersetuju untuk menumpukan perhatian pada pertumbuhan ekonomi dan penyediaan ke arah penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Perdana Menteri turut mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek,” kata Anwar lagi.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply