Affin Bank Bhd, sasar jadi bank pilihan pemula niaga dan PKS

Affin Bank Bhd, sasar jadi bank pilihan pemula niaga dan PKS
Shah Alam, MTN – Affin Bank Bhd telah menaja Program Pemecut Selangor (SAP) 2021, sebuah inisiatif di bawah Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) seiring dengan hasratnya untuk menjadi bank pilihan pemula niaga serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
SAP adalah program kerajaan negeri untuk syarikat pemula niaga dalam teknologi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata syarikat pemula niaga merupakan antara segmen yang teruk terjejas disebabkan kekurangan dana, pengalaman dan sumber susulan pandemik COVIS-19 yang berlaku.
Bagi membantu segmen yang terpinggir ini, kami telah melancarkan penyelesaian perbankan yang komprehensif dan perkhidmatan bukan kewangan untuk mereka terus berkembang, mendorong pendapatan selain meningkatkan penguasaan pasaran, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penajaan ke atas program kerajaan negeri adalah salah satu cara untuk Affin menjadi bank pilihan kepada syarikat pemula niaga dan PKS.
Kami menganggapnya sebagai satu tanggungjawab untuk memperbanyakkan usaha bagi membantu membangun serta memupuk segmen yang mantap ini. Berdasarkan tema tahun ini, kami sangat gembira untuk melihat bagaimana pemula niaga ini menggabungkan kreativiti, inovasi dan kebaharuan dalam menggunakan teknologi bagi memajukan lagi masyarakat, katanya.
SAP bertujuan mempersiapkan 30 syarikat pemula niaga untuk menjadi perniagaan sedia diberi pelaburan.
Program ini menyediakan syarikat-syarikat berkenaan untuk hari demo terakhir yang mana mereka akan mendapat peluang mempromosikan perniagaan mereka
Tema tahun ini difokuskan kepada pemula niaga daripada bidang teknologi pertanian, teknologi kewangan, alam sekitar, e-dagang dan penyelesaian bandar pintar. Pendaftaran dibuka dari 8 Julai hingga 14 Julai 2021.
Semua pemenang berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 secara keseluruhan.
-Bernama
Author Profile

Latest entries
SukanFebruary 6, 2025Piala Dunia Hoki 2025 – Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
NationalFebruary 6, 2025USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
NationalFebruary 5, 2025Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
NationalFebruary 5, 2025Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter dua hari