Agong dan Permaisuri berkenan hadiri istiadat pertabalan Raja Charles III di London

Agong dan Permaisuri berkenan hadiri istiadat pertabalan Raja Charles III di London
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan Lawatan Khas ke London, United Kingdom bermula dari 3 hingga 14 Mei 2023.
Baginda berdua telah dijemput oleh .Raja Charles III untuk menghadiri upacara pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei 2023.
Seri Paduka Baginda berdua juga telah berkenan untuk menghadiri Majlis Resepsi dihoskan oleh Baginda Raja Charles III di Istana Buckingham pada 5 Mei 2023.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Lawatan Khas ini adalah amat signifikan di dalam konteks menyatukan hubungan sedia ada dan akrab yang dikongsi di antara Malaysia dan United Kingdom, terutamanya di antara institusi diraja kedua-dua negara serta ikatan dalam Komanwel.
Lawatan Khas ini turut menzahirkan kepentingan hubungan erat di antara kedua-dua negara bekerjasama dalam pelbagai bidang yang disokong di peringkat pemerintahan tertinggi negara. [AA]
Author Profile

Latest entries
KesMarch 6, 20251MDB – Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara
SukanMarch 5, 2025Reijnders Pemain TimNas Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
IT & Social MediaMarch 4, 2025Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
TokohFebruary 26, 2025Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia