Kes Saman Fitnah PM Anwar Ke Atas Muhyiddin Pada Ogos 2024 | Malaysia News

Kes saman fitnah PM Anwar ke atas Muhyiddin pada Ogos 2024

PM Anwar Ibrahim vs Muhyiddin Yassin

Kes saman fitnah PM Anwar ke atas Muhyiddin pada Ogos 2024

Saman fitnah Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke atas bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin telah ditetapkan selama sembilan hari bermula pada Ogos tahun depan.

Peguamnya, Sankara Nair hari ini mengesahkan bahawa Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan tarikh perbicaraan pada 5 hingga 7 Ogos, 12 hingga 14 Ogos, dan 26 hingga 28 Ogos pada 2024.

Peguam itu menambah bahawa mahkamah sivil juga telah mengarahkan semua pihak memfailkan sebarang permohonan interlokutori menjelang 15 Jun tahun ini, dan perkara itu akan ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya pada 21 Jun tahun ini.

Sankara bercakap selepas pengurusan kes tindakan sivil itu di hadapan pesuruhjaya kehakiman Roz Mawar Rozain awal petang ini.

Muhyiddin diwakili peguam Chetan Jethwani dan Ivy Shu. Peguam Jaden Phoon Wai turut mewakili Anwar.

Pada 20 Dis tahun lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Perikatan Nasional (PN) berhubung dakwaan kononnya dia menerima RM15 juta atas khidmatnya sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Plaintif mendakwa defendan memfitnahnya melalui kenyataan yang dikatakan dibuat semasa ceramah PN pada 5 Dis tahun lepas.

Dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 17 Jan tahun ini, Muhyiddin antara lain mendakwa Anwar, sebagai perdana menteri, tidak seharusnya tersinggung dengan kritikan dan pertanyaan yang sah semasa ucapan politik.

Dalam jawapannya yang difailkan terhadap pembelaan Muhyiddin, Anwar membalas bahawa defendan sepatutnya tahu lebih baik daripada membakar sentimen pengundi dengan kenyataan yang didakwa berniat jahat dan berunsur fitnah. [MK]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply