Agong dan Permaisuri kongsi gambar dua cucundanya

Agong dan Permaisuri kongsi gambar dua cucundanya
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berkenan kongsi gambar dua cucundanya yang selamat diputerakan baru-baru ini.
Istana Negara menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya memaklumkan, cucundanya dilahirkan pada Rabu itu bernama Tengku Aleya Norlini Tengku Abu Bakar Ahmad manakala, Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada Isnin.
“Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
“Manakala Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua Tengku Abu Bakar Ahmad dan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Iman Afzan,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya pada Khamis. [SH]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



