AirAsia Berhad dan Malindo Air tawar tukar tarikh penerbangan pada pelajar terjejas

AirAsia Berhad dan Malindo Air tawar tukar tarikh penerbangan pada pelajar terjejas
Syarikat penerbangan AirAsia Berhad dan Malindo Air menawarkan penukaran tarikh penerbangan susulan penangguhan pendaftaran dan orientasi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam pada saat akhir.
Menurut notis pemberitahuan AirAsia, syarikat penerbangan tambah murah itu menawarkan kemudahan pertukaran tarikh tanpa had sebelum 31 Disember 2020 di laluan yang sama tanpa bayaran tambahan, yang tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk dan untuk pelajar dan ibu bapa.
“Kerjasama AirAsia Berhad membantu institusi pengajian tinggi yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka,” menurut notis itu.
Sementara itu, Malindo Air dalam notisnya memberitahu bahawa pelajar yang terjejas boleh mendapatkan pengecualian fi penukaran tarikh.
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada perbezaan tambang.
Kedua-dua notis pemberitahuan itu dikongsi dalam Facebook Kementerian Pengajian Tinggi hari ini.
“Pelajar boleh hubungi IPT masing-masing bagi mendapatkan cara-cara mengemukakan maklumat bagi tujuan ini,” menurut kedua-dua notis itu.
Baru-baru ini, KPT mengumumkan bahawa pihaknya menggalakkan universiti awam untuk menangguhkan sebarang pendaftaran fizikal susulan lonjakan jumlah kes Covid-19.
Pengumuman saat akhir itu mengundang kecaman dan kekecewaan banyak pihak terutamanya di kalangan pelajar IPT kerana ramai yang telah tiba di kampus sebelum pengumuman itu dibuat.
Ia menyebabkan beberapa parti politik dan orang awam tampil memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang perlu pulang. [mk]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



