Anwar Ibrahim selesai menghadap Agong

Anwar Ibrahim selesai menghadap Agong
MTN – Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 11.25 pagi tadi.
Beliau dijangka mengadakan sidang media di hotel Le Meridien
Presiden PKR, Anwar Ibrahim, meninggalkan kawasan Istana Negara kira-kira jam 11.30 pagi dan sempat melambai ke arah media yang menunggu di pintu masuk.
Bagaimanapun dia tidak memberikan sebarang kenyataan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu hanya tersenyum ketika dikerumuni pihak media sebaik sahaja kenderaan Jaguar yang membawa beliau keluar meninggalkan istana.
Awar yang juga Presiden PKR serta Ketua Pembangkang menghadap Seri Paduka Baginda kira-kira sejam.
Hari ini semua perhatian tertumpu ke arah Dato Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika spekulasi perubahan kerajaan sekali lagi kian mengencang.
Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata setakat pagi tadi dia belum menerima apa-apa makluman mengenai waktu Anwar menghadap di Istana Negara.
Dia juga memaklumkan tidak tahu apakah Anwar akan mengadakan sidang media selepas itu untuk memaklumkan hasil pertemuan kepada orang ramai.
“Saya akan berikan maklumat rasmi sepantas mungkin, jika atau apabila saya terima sebarang arahan.
“Saya mohon maaf di atas perkara ini, memandangkan ia satu keadaan yang agak unik dan sensitif,” katanya dalam teks pesanan yang dikongsikan kepada media dalam kumpulan WhatsApp rasmi PKR.
Harap urusan dipermudahkan
Setakat jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 50 petugas media dilihat menunggu di hadapan Pagar 2 Istana Negara manakala beberapa anggota polis turut dilihat berkawal di kawasan berdekatan.
Sementara itu, Istana Negara ada mengagihkan makanan kepada pihak media yang menunggu di luar.
October 8, Anwar memohon untuk menghadap Agong selepas mendakwa mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.
Sementara itu, dalam satu hantaran pendek di Facebook, Anwar menyatakan harapannya agar urusan hari ini dipermudahkan.
Semoga dipermudahkan segala urusan hari ini.
Posted by Anwar Ibrahim on Monday, October 12, 2020
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar