Sokongan kukuh MP Umno kepada Anwar bertambah

Sokongan kukuh MP Umno kepada Anwar bertambah
MTN – Sumber PKR mendedahkan bahawa presiden parti itu, Anwar Ibrahim masih mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan daripada wakil rakyat Umno, sebelum dia dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa depan.
Malah, katanya, sokongan ahli parlimen Umno kepada ketua pembangkang itu sudah bertambah berbanding pengumuman Anwar pada 23 September lalu.
“Ramai yang tanya betulkah Anwar mempunyai sokongan khususnya daripada Umno?
“Ya, beliau mempunyai sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada ahli parlimen Umno.
“Malah, saya boleh beritahu bahawa sokongan wakil rakyat Umno sudah bertambah jika dibandingkan (semasa) pada sidang media Anwar pada 23 September yang lepas,” kata sumber itu.
Sumber yang rapat dengan Anwar itu tetapi tidak mahu identitinya didedahkan menegaskan bahawa anggota parlimen Port Dickson itu turut mendapat sokongan daripada ahli parlimen di Sabah dan Sarawak.
“Berkenaan berapa jumlah wakil rakyat dan siapa mereka, akan diketahui dalam masa terdekat. Harap semua bersabar.”
Terdahulu, semalam Anwar mengesahkan bahawa dia akan mengadap Seri Paduka untuk mempersembahkan butiran bahawa dirinya mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, Insya-Allah.
“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.”
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam hal ini, pendirian UMNO jelas sebagaimana keputusan Majlis Tertinggi (MT) terdahulu.
“Apa yang boleh saya nyatakan di sini ialah UMNO akan meneliti dengan penuh bijaksana hasil pertemuan dalam majlis menghadap Yang DiPertuan Agong,” kata Zahid Hamidi.
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar