Anwar Ibrahim Tunggu Tarikh Baru Untuk Mengadap Agong | Malaysia News

Anwar Ibrahim tunggu tarikh baru untuk mengadap Agong

Anwar Ibrahim tunggu tarikh baru untuk mengadap Agong

Anwar Ibrahim tunggu tarikh baru untuk mengadap Agong

MTN – Presiden PKR Anwar Ibrahim kini sedang menunggu tarikh baru untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung usahanya untuk menubuhkan kerajaan baru, kata sumber dari parti itu.

“Kalau nak jujur, perkara ini sangat sulit. Melibatkan institusi diraja. Kebanyakan pemimpin parti tidak mengetahui perkembangan terkini.

“Tapi, saya boleh pastikan satu perkara. Iaitu Datuk Seri (Anwar) sedang menanti tarikh baru untuk mengadap Seri Paduka Baginda,” katanya kepada Malaysiakini.

Sumber yang dekat dengan Anwar itu menegaskan Anggota Parlimen Port Dickson itu kini masih mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, selepas kira-kira dua minggu membuat sidang media khas untuk mengumumkan perkara itu.

“Dia masih mempunyai sokongan termasuk wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak. Sebab itu saya kata, Anwar sedang menanti majlis menghadap Seri Paduka.

“Ada yang kata 121 (anggota Parlimen yang sokong), ada yang kata 125. Itu bagi kami tidak penting. Apa yang penting majoriti yang kukuh dan menyakinkan,” katanya lagi.

Pada 23 September lalu, Anwar dalam sidang media mendakwa mempunyai sokongan yang “kukuh dan menyakinkan” untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dan mempunyai “dokumen tetap yang tidak boleh diragui” bagi membuktikannya.

Dia turut berkata telah diperkenan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah pada hari sebelumnya tetapi ia terpaksa ditangguhkan susulan kegeringan baginda.

Perkara itu turut disahkan Istana Negara dalam satu kenyataan pada hari sama Anwar membuat sidang medianya.

Agong dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 September dan berangkat pulang ke Istana Negara dua hari lalu. [mk]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply