Annuar Musa sudah jadi pakar forensik – Sinis Puad

Annuar Musa sudah jadi pakar forensik – Sinis Puad
Kuala Lumpur, MTN – Kesungguhan Tan Sri Annuar Musa untuk mengesahkan ketulenan audio rakaman perbualan yang didakwa suara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid menimbulkan persoalan.
“Dia juru cakap siapa? Dia nak senangkan hati siapa?,” soal Datuk Mohd Puad Zakarshi.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ketereh yang mendakwa suara rakaman perbuatan itu 101 peratus milik Ahmad Zahid dan Anwar selepas mendengarnya 10 kali malam tadi.
Secara sinis, Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini menyifatkan Annuar sudah jadi pakar forensik.
Kalau begitu, Mohd Puad bertanya, adakah video di Hotel Four Points Sabah, tulen atau palsu.
Katanya, rakaman video tersebut lagi senang kerana ia merakam wajah bukan merakam suara.
Malah, Haziq Abdullah Abdul Aziz pun mengaku.
”Kalau suara pun Annuar boleh kenal, apatah lagi wajah orang. Tanya Annuar, dalam video itu, wajah Azmin atau wajah beruang?,” soalnya. [MG]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



