Anwar – Apa kaitan peruntukan RM181.4 juta JPM dengan derita rakyat miskin?
Anwar – Apa kaitan peruntukan RM181.4 juta JPM dengan derita rakyat miskin?
MTN – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dengan lantangnya mempersoalkan peruntukan sebanyak RM482 juta dalam Belanjawan 2021 bagi tujuan perbelanjaan mengurus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu kenaikan 10.7 peratus berbanding tahun 2020.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, belanjawan sepatutnya memberi fokus lebih kepada petugas barisan hadapan dan rakyat yang terjejas ketika ini.
“Saya nak tekankan dalam keadaan kerajaan sebut ini belanjawan, Covid-19 sementara kita bagi RM300 juta kepada polis, petugas barisan hadapan, nelayan dan sebagainya.
“Tapi kita lihat peningkatan untuk JPM bagi tujuan pengurusan ini sebanyak RM482 juta iaitu peningkatan 10.7 peratus,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Anwar turut mempersoalkan peruntukan tersebut digunakan untuk membayar gaji lantikan politik di bawah JPM yang dianggapnya tidak mempunyai fungsi ketika negara berdepan Covid-19 termasuk melantik Duta Khas Ke Timur Tengah dan China.
“Perbelanjaan ini agak tinggi 32 menteri, 38 timbalan menterin dan di JPM sahaja ada lima menteri dan lima timbalan menteri, dilihat senarai perjawatan di bawah JPM pula penasihat khas media dan komunikasi, penasihat ekonomi, pejabat urusan khas, pejabat duta khas ke Timut Tengah, pejabat duta khas ke China, penasihat khas mengenai kesihatan awam, pejabat duta khas Jepun, Korea dan Taiwan,
“Saya nak tanya apa peranan Kementerian Luar Negeri sehingga kita terpaksa lantik dan beban negara dan rakyat dengan jumlah pengurusan yang tinggi dibawah JPM bagi saya lantikan tersebut merupakan satu pertindihan dengan peranan yang mampu dilakukan oleh Kementerian Luar dan duta besar kita di seluruh negara.
“Kenapa kita memberi upah kepada lantikan jawatan yang tak berkesan kepada melawan Covid-19, duta-duta khas yang dilantik ke mana mereka pergi, semua ada di Kuala Lumpur sahaja, ketika Covid-19,“ katanya.
Anwar turut mendakwa kerajaan cuba bersindung dengan memberi peruntukan kepada JPM bagi tujuan lantikan politik yang lain.
“Ada yang telah selindung sedikit, kita sebelum ini bincang soalan peruntukan kepada JASA, peruntukan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk NGO, rupa-rupanya di JPM kita lihat emolumen kakitangan kontrak ada pertambahan untuk kakitangan kontrak RM 200 juta bagi tahun 2021 peningkatan RM181.4 juta berbanding tahun sebelumnya untuk pegawai kontrak, lantikan politik di bawah JPM.
“Kata ini kerajaan prihatin saya nak tanya apa kaitan peruntukan RM181.4 juta ini dengan derita rakyat yang miskin, yang menunggu bantuan dari kerajaan yang dikatakan prihatin?” soalnya.
Beliau turut meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat penjelasan mengenai peruntukan tersebut diberikan kepada JPM khusunya bagi pembayaran tujuan lantikan politik.
“Jadi lantikan politik ini nak berselindung di bawah JPM saya mahu Perdana Menteri bantu jawab hari ini apa keperluan,” katanya
Sebelum ini antara wakil rakyat dilantik sebagai duta khas ialah Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Timur Tengah, dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing. – MalaysiaGazette
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC
- NationalJuly 3, 2024RM699 juta bina Hospital wanita dan kanak-kanak di Melaka