Nilai Cukai Rokok Eletronik Terlalu Rendah Dibandingkan Cukai Rokok Tembakau

Nilai Cukai Rokok Eletronik Terlalu Rendah Dibandingkan Cukai Rokok Tembakau
Kuala Lumpur, MTN – Nilai cukai yang diusulkan untuk industri rokok elektronik (vape) terlalu rendah daripada apa yang dikenakan ke atas industri tembakau, kata MQ Consultant.
“Pengenaan cukai merupakan langkah pertama yang penting dalam mengawal selia pertumbuhan industri rokok elektronik dengan pasaran rokok elektronik di Malaysia diunjur muncul sebagai yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, dan berikutan perbezaan ketara antara kedua-duanya (rokok elektronik dan tembakau), satu kajian yang teliti ke atas struktur cukai perlu dilakukan.
“Kita tidak boleh menggunakan satu ukuran atau struktur cukai sesuai untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan.
MQ Consultant adalah sebuah syarikat penyelidikan dan teknologi tempatan yang terlibat dalam melakukan kajian mendalam terhadap industri rokok elektronik di Malaysia.
Percukaian ke atas industri rokok elektronik, sama seperti mana industri tembakau, adalah antara cadangan yang terdapat dalam Belanjawan 2021, yang disetujui pada Khamis.
Seperti yang dibentangkan, kerajaan mencadangkan untuk mengenakan 10 peratus cukai ad valorem ke atas semua alat merokok elektronik dan bukan elektronik serta duti eksais 40 sen untuk setiap mililiter cecair rokok elektronik (dengan dan tanpa nikotin) akan mula dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2021.
“Namun, kadar yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding industri tembakau, sedangkan potensi Kerajaan untuk meraih pendapatan adalah besar. Ini kerana ramai perokok tembakau dunia termasuk di Malaysia semakin beralih kepada rokok elektronik,” kata MQ Consultant, yang menambahkan majoriti negara lain mengenakan tarif cukai yang lebih tinggi berbanding di Malaysia.
Katanya, melalui kajian dan maklumat yang sedang giat dikumpul di dalam dan luar negara, Kerajaan boleh menggunakan rokok elektronik sebagai cara mewujudkan masyarakat bebas asap rokok yang diakui memudaratkan perokok dan juga orang ramai.
[bernama]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor