Swift Haulage Berhasil Disenaraikan Di Pasaran Utama | Malaysia News

Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama

Swift Haulage

Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama

Kuala Lumpur, MTN – Swift Haulage Bhd membuat penampilan sulung rasminya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini, di bawah nama saham ‘Swift’.

Penyedia perkhidmatan logistik bersepadu terkemuka itu berkata tawaran awam permulaan (IPO) menjana kira-kira RM161.9 juta (pada harga terbitan RM1.03 setiap saham IPO), yang terdiri daripada terbitan awam sebanyak 157.14 juta saham baharu dan tawaran jualan sebanyak 177 juta saham sedia ada, termasuk pilihan lebihan peruntukan.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Loo Yong Hui berkata Swift Haulage akan meneruskan komitmennya untuk berusaha mencapai kecemerlangan operasi.

“Pelan asas modal yang dipertingkatkan serta pengembangan kami akan membantu memperkukuh keupayaan dan daya saing kami dalam industri.

“Ini akan membolehkan kami menggapai peluang pertumbuhan dengan lebih baik apabila pemulihan ekonomi global diteruskan, dan melaksanakan strategi pertumbuhan yang mampan untuk memenuhi jangkaan pemegang saham dalam penciptaan nilai,” katanya dalam satu kenyataan.

 

[BERNAMA]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply