17 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor

17 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor
SHAH ALAM, MTN – Sebanyak 17 kematian direkodkan di tiga daerah sehingga jam 8 pagi tadi akibat banjir yang melanda Selangor sejak Jumaat lalu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, 10 kematian direkodkan di Klang; tiga di Hulu Langat dan empat di Sepang.
Katanya, punca sebenar kematian mangsa sedang dikenal pasti.
Keadaan banjir di Lembah Klang terutama Selangor disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan utama ditutup.
Hujan berterusan kadang kala lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai tidak bersedia dan terperangkap di kediaman atau di dalam kenderaan di jalan utama dinaiki air.
[BH]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor