Anwar Cabar Pas Dedah Perkara Sebenar Isu Saman Clare | Malaysia News

Anwar cabar Pas dedah perkara sebenar isu saman Clare

Anwar cabar Pas dedah perkara sebenar isu saman Clare

GEORGE TOWN- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kepimpinan Pas untuk mendedahkan kepada umum sama ada parti itu membayar sejumlah wang kepada Clare Rewcastle Brown ekoran pembatalan saman malu kepada Sarawak Report.

Menurutnya, pendedahan itu kelak akan menjawab kekeliruan yang timbul ekoran kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

“Adakah ia (bayaran) lebih daripada RM1 juta? Boleh disahkan?” katanya dipetik dari Bernama selepas berucap di Penang International Business And Investment Summit di Bukit Jambul hari ini.

Menurut Anwar, beliau enggan mengulas mengenai kenyataan pimpinan Pas dalam soal itu sebelum ini namun sekarang masyarakat berhak mengetahui kedudukan sebenar.

Menurut Anwar, beliau menyedari ada percanggahan dalam kenyataan pimpinan Pas termasuk Abdul Hadi dan menganggapnya sukar diterimanya sebagai muslim.

-MalaysiaGazette

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply