Anwar Dedah Bukti Pas Bayar Clare RM1 Juta Malam Ini | Malaysia News

Anwar dedah bukti Pas bayar Clare RM1 juta malam ini

Anwar dedah bukti Pas bayar Clare RM1 juta malam ini

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan mendedahkan bukti Pas membayar lebih RM1 juta kepada Clare Rewcastle Brown dalam satu ceramah di Semenyih malam ini.

Jelasnya, beliau mempunyai maklumat yang cukup untuk membuktikan bahawa Pas ada membayar editor Sarawak Report itu sebagai penyelesaian luar mahkamah kes saman membabitkan kedua-dua pihak.

“Saya baca seluruh prosiding daripada keputusan mahkamah, tidak dibangkitkan oleh Clare Rewcastle Brown ialah dana UMNO kepada Pas.

“Kemudian Pas menafikan disaman dan seterusnya mendapat persetujuan bersama Rewcastle tetapi bon itu tidak ditarik balik.

“Ia aneh sebab saya tahu bahawa penyelesaian bagi kes-kes saman sivil ialah kita tarik balik, permintaan maaf atau pun kes itu dipadamkan. Hal itu menyebabkan saya kurang yakin bahawa ada persetujuan utk Clare menafikan atau membatalkan,” kata Anwar dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ke-33.

Turut hadir menyampaikan hadiah ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, Pengerusi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ke-33, Datuk Zulkefli Hamzah serta sasterawan-sasterawan negara.

-ASTROAWANI

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply