Anwar Ibrahim: Kerajaan Tidak Serius Membela Nasib Mangsa Banjir | Malaysia News
Banjir Malaysia 2021 - Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim: Kerajaan tidak serius membela nasib mangsa banjir

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa menyelesaikan segera masalah yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya melihat kerajaan tidak serius dalam membela nasib mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

“Sehingga hari ini masih belum ada sebarang maklum balas daripada pihak kerajaan terkait gesaan tersebut. Kerajaan dilihat seolah-olah tidak serius dalam membela dan membantu mangsa-mangsa banjir.

“Saya sekali lagi ulangi gesaan terhadap kerajaan untuk betindak pantas dan selesaikan segala permasalahan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Dua hari lalu, Anwar menggesa agar kerajaan menangguhkan semua projek mega yang dilaksanakan ketika ini dan menggunakan peruntukan besar tersebut bagi menampung keperluan rakyat yang terjejas banjir ketika ini.

Presiden PKR itu berkata, walaupun kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kemudahan mangsa banjir namun kerajaan tetap perlu bertanggungjawab meringankan beban dihadapi rakyat.

Ia selepas Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada KWSP meskipun ramai mangsa terjejas dengan banjir ketika ini. [MG]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •