MTN – Ketua pembangkang Anwar Ibrahim menyatakan dukungan kepada Inspector General of Police (IGP) Abdul Hamid Bador selepas pendedahan ketua polis negara itu berhubung kewujudan ‘kartel’ yang didakwa cuba menjatuhkannya.
Pada akaun halaman Facebook, Anwar berkata dia telah mengutus surat bagi menyatakan dukungan kepada Abdul Hamid dalam usaha membanteras jenayah di negara ini.
“Mutakhir ini berita mengenai Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan pasukan PDRM mendapat perhatian umum.
“Sehubungan itu, saya telah mengutus surat bagi menyatakan dukungan saya kepada beliau dalam usaha membanteras sebarang elemen jenayah di negara ini,” katanya.
Mutakhir ini berita mengenai Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan pasukan PDRM mendapat perhatian umum….
Posted by Anwar Ibrahim on Tuesday, March 23, 2021
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berkata PDRM adalah pasukan yang amat penting dalam sistem masyarakat dan menjadi penanda aras keamanan serta kestabilan negara.
“Justeru, saya amat bersetuju dengan penegasan yang dibuat beliau terkait integriti, kebebasan, kewibawaan dan keupayaan pasukan polis.
“Saya mendoakan agar beliau dapat melaksanakan amanah dan menempuhi cabaran getir saat ini dengan baik,” katanya.
Pada 18 Mac lalu Abdul Hamid membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa ada sekumpulan “pegawai muda” sedang bergerak untuk menjatuhkannya.
Kata bekas pegawai kanan cawangan khas itu, kegiatan mereka itu didorong oleh kepentingan peribadi.
Tetapi Abdul Hamid tidak mendedahkan siapa yang dimaksudkan berada dalam “kartel” tersebut.
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar