Anwar Ibrahim Pemimpin Sederhana Tiada Bergelimang Harta | Malaysia News

Anwar Ibrahim Pemimpin Sederhana Tiada Bergelimang Harta

anwar ibrahim

Anwar Ibrahim Pemimpin Sederhana Tiada Bergelimang Harta

Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mengisytiharkan hartanya yang tiada lebih dari RM10.74 Juta. Jumlah harta yang terlampau sedikit untuk seorang pemimpin yang mempunyai nama besar.

Bandingkan dengan jumlah kekayaan MP PH lainnya:
1. Ahli Parlimen Segamat, Datuk Dr R Santhara Kumar (RM132.1 juta),
2. Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham (RM77.0 juta);
3. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (RM32.3 juta);
4. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (RM25.1 juta)
5. Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (RM23.0 juta).

Perisytiharan itu termasuk anggaran nilai semasa rumah milik beliau di Bukit Segambut sebanyak RM9.5 juta yang pada mulanya dibeli pada harga RM4.5 juta hasil daripada jualan rumah di Bukit Damansara pada 2005.

Turut diisytiharkan adalah sebidang tanah di Permatang Habib, Mukim Penor, Kuantan, Pahang yang dibeli pada tahun 1974 dengan harga RM7,000. Nilai anggaran tanah itu kini ialah RM420,000. Harta selebihnya adalah daripada akaun-akaun pelaburan dan wang simpanan yang berjumlah RM828,658.83.

Anwar Ibrahim sangat pantas dikatakan sebagai pemimpin sederhana. Di usia beliau yang 72 tahun, dengan banyaknya pengalaman beliau dalam mengerusi negeri, sudah semestinyalah sumber-sumber kekayaan dia miliki dimana-mana.

Tetapi dengan harta yang dia miliki yang hanya RM10,74 Juta, menunjukan menjadi pemimpin yang bergelimang harta, bukanlah tujuannya. Beliau lebih mementingkan urusan negara dan rakyat daripada memperkaya dirinya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply