Anwar Ibrahim: Saya Sentiasa Sabar dan Yakin
Anwar Ibrahim: Saya Sentiasa Sabar dan Yakin
Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengelak menjawap pertanyaan sama ada beliau mendapat sokongan yang mencukupi daripada ahli parlimen untuk membolehkannya menjadi perdana menteri kelapan.
Ditanya mengenai perkara itu, katanya,: “Nombor adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong. Kita tidak sepatutnya bermain dengan nombor. “
Mengenai sama ada beliau yakin mendapat sokongan yang memadai beliau menjawab: “Alhamdulilah, syukur kepada Allah. Saya sentiasa yakin.”
Ditanya sama ada wakil rakyat Pakatan Harapan telah mencalonkannya untuk jawatan perdana menteri, Anwar berkata ini akan didedahkannya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.
“PC (Sidang akhbar ) pada jam 4:30 petang,” katanya.
Presiden PKR itu juga menafikan bahawa dirinya membuat perbincangan dengan Dr Mahathir Mohamad, yang kini adalah perdana menteri sementara.
“Tidak ada perbincangan, kita akan berbincang pada 4:30 petang,” katanya ketika ditanya mengenai perkara ini.
Author Profile
Latest entries
- TokohJanuary 12, 2025‘Giliran mencuri’ – Anak Pak Lah nafi tuduhan Dr M
- TokohJanuary 11, 2025Mahathir – Anak Pak Lah beritahu anak saya, kini giliran kami mencuri
- InternationalJanuary 10, 2025Kebakaran Los Angeles, Jumlah korban meningkat kepada 10
- InternationalJanuary 10, 2025Trump umum atur pertemuan bersama Putin