PH Calonkan Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

PH Calonkan Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri
Kuala Lumpur, MTN – Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa anggota parlimen Pakatan Harapan (PH) memberikan sokongan kepadanya sebagai calon Perdana Menteri.
Beliau berkata PH telah menjemput Mahathir untuk menghadiri mesyuarat Majlis Presiden pada Selasa lalu, tetapi ditolak perdana menteri interim itu.
“Justeru itu keputusan Majlis Presiden semalam telah menetapkan bahawa calon perdana menteri Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata beliau ketika membacakan kenyataan daripada gabungan itu.
Ditanya mengenai jumlah sokongan diperolehnya, Anwar berkata adalah tidak manis untuk menyatakan perkara itu dan menyerahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah




