Anwar Ibrahim Serah 1,000 Tablet Bantu Pelajar Susah | Malaysia News
April 13, 2021

Anwar Ibrahim Serah 1,000 Tablet Bantu Pelajar Susah

Port Dickson, MTN – Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan 1,000 tablet bagi membantu pelajar dalam keluarga berpendapatan rendah (B40).

Anwar berkata, pemberian itu bukti kegagalan kerajaan memastikan pelajar yang tidak bernasib baik dapat mengikut kelas pembelajaran dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Saya sediakan 1,000 tablet untuk pelajar-khusunya khususnya B40. Ini untuk membantu meringankan beban mereka dan memastikan online education ini berjalan.

“Ini juga melambangkan kelemahan kementerian,” katanya kepada wartawan di Port Dickson.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menyerahkan tablet berkenaan kepada keluarga yang memenuhi syarat melalui majlis secara ‘pandu lalu’.

“Kalau keadaan ini tidak ditangani segera oleh kerajaan, khususnya kementerian pendidikan, saya jangka akan terus melemahkan mutu pendidikan terutama di kalangan pelajar miskin bandar dan desa.

Advertisement

“Ini akan menjadi satu masalah besar yang dihadapi oleh negara, kerana untuk setahun lebih ini, pembelajaran anak-anak sangat terbatas dan kurang upaya dari pihak kerajaan menanganinya,” katanya.

Anwar merupakan ahli Parlimen terbaru yang tampil membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah susulan penutupan sekolah akibat PKP dan proses pembelajaran terpaksa dilakukan secara dalam talian.

Sementara itu, Anwar juga mengkritik program Cerdik oleh kerajaan kerana menyediakan 150,000 komputer riba kepada pelajar yang memerlukan secara pinjaman.

“Kita dengar di sidang parlimen dulu iaitu disediakan peruntukan. Bila kita bising-bising kementerian kata ‘ya akan disediakan’ secara pinjaman,” katanya. [mk]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •