Anwar Ibrahim Sifatkan MUDA Sebagai 'Rakan Baru' | Malaysia News
December 14, 2024

Anwar Ibrahim sifatkan MUDA sebagai ‘Rakan Baru’

Anwar Ibrahim sifatkan MUDA sebagai ‘Rakan Baru’

Anwar Ibrahim sifatkan MUDA sebagai ‘Rakan Baru’

Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini secara terbuka menggelar parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai “rakan” walaupun timbul pergeseran antara kedua-dua parti itu baru-baru ini.

Pada majlis pelancaran kempen pilihan raya Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru hari ini, Anwar memulakan ucapannya dengan menyifatkan Muda sebagai “rakan baru”.

“Saya harap jentera parti masing-masing melihat ke depan, meninggalkan pengalaman yang menyinggung sebelum ni. Pastikan hala tuju kita jelas memartabatkan rakyat, kembalikan mandat rakyat untuk mengalahkan kerajaan BN,” katanya.

PELANCARAN JENTERA KEADILAN, PAKATAN HARAPAN DAN MUDA

Melancarkan jentera KEADILAN, Pakatan Harapan dan MUDA bagi…

Posted by Anwar Ibrahim on Sunday, February 13, 2022

 

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam ucapannya mengakui ada “kejanggalan” sebelum ini kerana terdapat tanggapan bahawa parti itu akan berentap menentang parti pembangkang lain.

Syed Saddiq berkata, Muda dibentuk untuk merombak struktur kepimpinan di Putrajaya dan oleh itu perlu bekerjasama dengan parti lain.

“Dalam kita ingin merangka hala tuju negara penting untuk kita kenali siapa lawan dan siapa kawan.

“Mana kita boleh bekerjasama patut kita kerjasama, mana tidak boleh, kurangkan pertindihan kerana tanggungjawab hakiki adalah memastikan lepas hari mengundi kerajaan yang ditubuhkan adalah kerajaan di kalangan pimpinan pembangkang bukan Umno BN,” katanya.

Meskipun bukan komponen rasmi dalam PH, Muda telah menjalin kerjasama secara individu dengan PKR, DAP dan Amanah.

Bagaimanapun, rundingan berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama di kalangan PKR dan Amanah.

Sementara itu, Anwar berkata PH perlu menentang BN di Johor kerana kerajaan negeri Johor tidak tertakluk kepada perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) yang dimeterai antara PH dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Anwar mengakui bahawa walaupun Ismail Sabri telah memenuhi sebahagian daripada perjanjian itu, ia bergantung kepada kelulusan undang-undang anti-lompat parti pada sidang parlimen akan datang.

“Tidak mungkin MOU tu bertahan sekiranya jika tak dilulus dalam parlimen sesi yang akan datang, maka itu titik tolaknya.

“Kalau setuju rundingan boleh teruskan kalau tidak terbatal dengan sendiri MOU itu,” katanya. [MK]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply