PRN Johor – Dr Maszlee calon PKR bertanding di DUN Layang-Layang

PRN Johor – Dr Maszlee calon PKR bertanding di DUN Layang-Layang
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan secara langsung menerusi Facebooknya pada Isnin.
DR MASZLEE MALIK CALON KEADILAN DUN LAYANG-LAYANG
Mengumumkan Dr Maszlee Malik sebagai calon KEADILAN bagi Dewan…
Posted by Anwar Ibrahim on Monday, February 14, 2022
Anwar berkata, hanya Maszlee seorang sahaja yang diberi pengecualian sebagai ahli Parlimen PKR untuk bertanding dalam PRN Johor.
“Kita tengok dalam 20 cadangan tidak ada ahli Parlimen kita. Tapi satu yang saya beri pengecualian di Johor ini iaitu saudara Maszlee Malik di Layang-Layang,” katanya.
Jelasnya, Maszlee diangkat sebagai calon bagi membantu negeri Johor dengan pengalamannya yang ada sebelum ini.
Maszlee yang dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Mei 2020 digembar-gemburkan sebagai bakal Menteri Besar Johor, namun beliau menganggap perkara itu terlalu awal untuk diperkatakan ketika ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan lima calon PKR iaitu Fakharuddin Moslim bagi kerusi Pasir Raja, S Gopalakrishnan (Tiram), Napsiah Khamis Maharan (Kempas) dan Chiong Sen Sern (Bukit Batu). [SH]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah




