Anwar Ibrahim: 'Tak Masuk Akal' Kerah Tentera Mulai Ahad | Malaysia News
April 8, 2020

Anwar Ibrahim: ‘Tak Masuk Akal’ Kerah Tentera Mulai Ahad

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai ‘tidak masuk akal’ (absurd).

“Bagi saya, ini sebenarnya tidak masuk akal untuk mengerahkan tentera pada waktu polis masih boleh mengawal keadaan,” kata Anwar kepada CNBC hari ini.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri berkata pihak tentera akan dipanggil bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau keadaan susulan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Awal hari ini, polis menyuraikan kehadiran ramai pelanggan di pasar basah di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Jabatan Pengangkutan Jalan juga menutup kaunternya selepas dikerumuni orang ramai.

Anwar berkata PH akan menyokong kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

“Kami bersama dengan kerajaan dalam semua usaha untuk menangani isu ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Anwar kerajaan kekurangan perancangan yang jelas dan koheren dalam mengendalikan wabak Covid-19.

Beliau berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk menjaga kebajikan golongan miskin dan memastikan nasib mereka terbela sepanjang tempoh dua minggu perintah kawalan pergerakan dua.

Anwar juga mengkritik kerajaan kerana tidak melarang perhimpunan agama lebih awal, berkata usaha Perikatan Nasional yang mahu dilihat sebagai pentadbiran Islam telah mengakibatkan keputusan lambat dibuat.

Setakat tengahari tadi terdapat 1,030 kes jangkitan Covid-19, manakala terdapat 26 pesakit yang dirawat di unit jagaan rapi (ICU).

Covid-19 telah meragut tiga korban di Malaysia.

Video Full Interview Anwar with CNBC

Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •