Wabak Covid-19, Wan Azizah Gesa Menteri Kabinet Melakukan Sidang Media Atas Talian

Wabak Covid-19, Wan Azizah Gesa Menteri Kabinet Melakukan Sidang Media Atas Talian
Kuala Lumpur, MTN – Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM), Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa menteri kabinet supaya melakukan sidang media atas talian.
Jelasnya, ini bagi memastikan pemberita tidak terdedah dengan risiko jangkitan wabak Covid-19.
“Menteri-menteri boleh membuat rakaman sidang media mereka dan memajukan rakaman tersebut kepada organisasi-organisasi berita bagi wartawan mereka menyediakan berita tersebut.
“Pelbagai aplikasi boleh digunakan bagi membolehkan wartawan-wartawan bertanya soalan dalam ‘sidang akhbar atas talian’ yang dicadangkan ini.
“Video-video ini bolehlah juga dipaparkan di akaun media sosial kementerian atau menteri berkenaan,” kata beks timbalan perdana menteri dalam satu kenyataan media hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah semalam mengumumkan bahawa terdapat 123 kes positif Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan 1,306 kes.
Dua kematian baru turut menjadikan jumlah korban akibat wabak itu di Malaysia sebanyak 10 orang.
Sementara itu, Wan Azizah turut menjelaskan bahawa kita perlu bersifat prihatin antara satu sama lain susulan keadaan negara yang kini krisis dengan ancaman wabak Covid-19.
“Sekarang kita berada dalam waktu krisis, oleh itu kita perlu mengambil berat antara satu sama lain.
“Insya-Allah kita akan dapat mengatasi krisis yang dihadapi,” katanya lagi.[mk]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri