GP Azerbaijan Mungkin Ditangguhkan
GP Azerbaijan Mungkin Ditangguhkan
FORMULA Satu Grand Prix Azerbaijan pada Jun ini bakal menjadi satu lagi ‘korban’ sekalipun perlumbaan awal musim belum dimulakan berikutan penularan koronavirus (Covid-19).
Perlumbaan di Baku dijadualkan pada 7 Jun ini sebagai pusingan ke lapan kejuaraan tapi kesemua perlumbaan awal, termasuk showcase Grand Prix Monaco terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan.
Tiada kenyataan terkini daripada penganjur perlumbaan tapi sumber memaklumkan perlumbaan itu mungkin ditangguhkan.
Laman web motorsport.com berkata kenyataan rasmi dijangka dikeluarkan pada Isnin.
Persediaan untuk litar jalan raya, yang memerlukan pagar keselamatan luas dan hadangan begitu juga penutup saluran dan tar perlu dimulakan tidak lama lagi.
Perlumbaan yang dijadualkan seterusnya selepas Azerbaijan adalah Grand Prix Kanada di Montreal pada 14 Jun, diikuti Perancis pada 28 Jun tapi kedua-dua perlumbaan itu bergantung kepada perkembangan penularan virus berkenaan di seluruh dunia.
Perancis ketika ini melakukan sekatan ketat ke atas pergerakan orang ramai sementara Kanada sudah menutup laluan sempadannya kecuali membabitkan perjalanan penting.
Formula Satu sudah membatalkan tempoh rehat pada Ogos dengan lanjutan tiga minggu pada Mac dan April dengan harapan untuk menjadualkan semula perlumbaan awal musim ini.
Penundaan perlumbaan itu meninggalkan Baku tanpa penganjuran acara sukan utama tahun ini.
Bandar berkenaan dijadualkan menjadi tuan rumah kepada empat perlawanan termasuk peringkat suku akhir kejohanan bola sepak Euro 2020 yang ditunda ke tahun depan.
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC
- NationalJuly 3, 2024RM699 juta bina Hospital wanita dan kanak-kanak di Melaka