Anwar Ibrahim: Tarikh Peralihan Kuasa PM Perlu Dibincang Dalam Suasana Baik | Malaysia News
September 17, 2024

Anwar Ibrahim: Tarikh Peralihan Kuasa PM Perlu Dibincang Dalam Suasana Baik

Anwar Ibrahim: Tarikh Peralihan Kuasa PM Perlu Dibincang Dalam Suasana Baik

Isu tarikh peralihan kuasa perlu dibincang dalam forum atau mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam suasana baik, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Presiden PKR itu, isu berkenaan tidak perlu dihangatkan selain perlu diserahkan kepada kepimpinan PH.

“Ada pandangan begitu seperti kita setujui harus dibincang antara saya dan Perdana Menteri… dan juga sebaiknya dalam forum Majlis Presiden, satu tarikh kepastian.

“Tetapi ia wajar diucapkan dalam suasana yang baik dan tidak perlu dihangatkan isu ini, kebimbangan yang disuarakan ada dianggap percubaan luar hendak menggugat tetapi saya tidak fikir ia isu yang pokok dalam negara kita sekarang.
“Itu terserah kepada kepimpinan PH, saya tidak fikir ini jadi masalah sangat,” katanya semasa seidang media selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Murid Cemerlang UPSR 2016-2019 Sekolah-sekolah Tamil Selangor di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia, di sini pada Ahad.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian sebagai mengulas cadangan pemimpin PKR yang dengan tegas meminta kepimpinan tertinggi PH menetapkan tarikh peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar.
Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir meminta mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang membincangkan isu peralihan kuasa Perdana Menteri pada Mei ini.

Kata Akmal Nasrullah, proses peralihan kuasa jawatan nombor satu negara dalam tempoh dua tahun selepas PH menjadi kerajaan perlu diperincikan bagi menjamin kelangsungan agenda gabungan itu.

Dr Mahathir pada Disember lalu pula menegaskan, peralihan kuasa hanya akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020 selesai dianjurkan di Kuala Lumpur pada akhir tahun ini.

Dalam perjanjian bersama pemimpin gabungan PH pada Januari 2018, kepemimpinan gabungan itu bersetuju untuk melantik Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sebelum digantikan Anwar.

Namun, perjanjian itu tidak menetapkan sebarang tarikh tertentu untuk Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr Mahathir.

Perlu ada Tarikh Khusus Peralihan Kuasa PM

“Tarikh khusus peralihan kuasa wajar dibincang – Anwar” Perkataan anwar adalah cukup menarik untuk dibincangkan. Ia kenyataan yang berani, dan solid pada masanya.

Ya setuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sememangnya peralihan kuasa perlu ada tarikh khusus, ia dinamakan sebagai pelan peralihan kuasa. Sudah sampai masanya perbincangan peralihan kuasa menjurus hingga kepada perincian tarikhnya.

Tun M sudah berulang kali menyebut akan serah kuasa, akan kotakan janji. Namun latar masanya tidak konsisten, 2 tahun, 3 tahun, hingga ekonomi stabil, hingga segala masalah selesai?

Jika kata putusnya ialah hingga masalah ekonomi negara selesai, namun apa yang lebih diyakini ialah masalah ekonomi negara tidak boleh selesai selagi peralihan kuasa tidak berlaku.

Tiada kepastian ini meletakkan negara di kedudukan yang tidak progresif. Malah ekonomi juga semakin tidak menentu dan seperti hilang arah sebagaimana menterinya.

Jika sudah termeterai tarikh khusus dengan tempoh masa yang diunjurkan, maka negara akan lebih bersedia. Ekonomi negara khususnya tidak lagi teragak-agak untuk bergerak selari dengan pelan peralihan kuasa yang sudah dimuktamadkan secara terperinci.

Ekonomi Malaysia dijangka beransur kukuh dan mapan menjelang tarikh peralihan kuasa apabila pelabur luar mula mendapat keyakinan awal. Indeks pasaran saham negara akan kembali positif dan melonjak dengan kerancakan pelabur Arab, Turki, Eropah, China dan Jepun, datang ke negara ini demi menyemai keyakinan terhadap Anwar yang mereka kenal, harimau ekonomi Asia.

Anjakan paradigma akan berlaku dalam erti kata yang sebenar. Rakyat akan mula bersatu dan berpadu menuju ke detik ini, sebuah negara rakyat dalam pembikinan.

Percaya dan yakinlah, Anwar Ibrahim adalah sosok yang paling layak untuk mengemudi tanah air dan menyelesaikan masalah negara ini.

Masalah ekonomi, masalah sosial dan masalah perpaduan, semua ini mampu ditangani oleh Anwar tanpa meminggirkan isu-isu rakyat yang selama ini menjadi zikir naratifnya, bukan cukong kaya-raya atau kroni Disneyland dan sebagainya.

Sudah sampai masanya pelan peralihan kuasa mengambil tempat untuk dimulakan, tarikh keramat sebuah reformasi perlu dimuktamadkan untuk menobatkan Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-8, Perdana Menteri RAKYAT.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply