Anwar: Maszlee Masih Ada Harapan Jika Konsisten Dalam Perjuangan

Anwar: Maszlee Masih Ada Harapan Jika Konsisten Dalam Perjuangan
Bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik mempunyai masa depan yang cerah dalam politik selagi dia konsisten dalam perjuangan, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
“Dia masih muda tentu ada harapan. Banyak orang berhenti sebelum dia, patah balik. Perdana menteri berhenti, (kemudian) patah balik. Saya berhenti, kemudian patah balik (menyertai kerajaan).
“Ini soal kesungguhan, konsisten dalam perjuangan,” katanya kepada media dalam sidang media di Serdang hari ini.
Ahli Parlimen Port Dickson itu diminta mengulas sama ada Maszlee akan mempunyai masa depan dalam politik berikutan peletakan jawatannya sebagai menteri pendidikan.
Ketika berucap di majlis penghargaan murid-murid cemerlang UPSR sekolah Tamil Selangor, Anwar turut merakamkan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Maszlee selama 20 bulan menerajui Kementerian Pendidikan.
“Kita ucapkan penghargaan buat Dr Maszlee. Beliau telah melakukan beberapa pembaharuan, menumpu pada soal mutu pendidikan, walaupun ini tak banyak dibincangkan, yang dbincangkan masalah-masalah yang lebih kontroversial.
“Saya ucap selamat maju jaya pada beliau dalam kerjaya politik berikutnya,” katanya.
-Malaysiakini
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanApril 24, 2025Treler filem Keluang Man, tambah keterujaan peminat
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia