Anwar Minta Penyokong dan Pihak Membantah Bersurai

Anwar Minta Penyokong dan Pihak Membantah Bersurai
Petaling Jaya – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penyokong dan pihak yang membuat bantahan terhadap Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin di hadapan Ibu Pejabat PKR di sini agar bersurai.
Beliau turut menyarankan semua pihak agar menyerahkan kepada lembaga disiplin untuk memutuskan sebarang keputusan secara bebas terhadap Zuraida.
“Merujuk kepada kumpulan yang hadir dan berkumpul di depan Ibu Pejabat PKR bagi menyokong atau membantah pemecatan Zuraida, saya meminta kepada mereka untuk bersurai.
“Tindakan menyokong atau membantah di mana-mana lokasi lain juga sama sekali tidak akan mempengaruhi lembaga disiplin yang harus memutuskan sebarang keputusan secara bebas,” katanya dalam kenyataannya sebentar tadi.
Dalam pada itu, Anwar turut meminta lembaga disiplin memantau tindakan ahli parti yang melanggar arahan tersebut.
KENYATAAN MEDIA
29 Januari 2020 pic.twitter.com/fVgwGQCO9w— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) January 29, 2020
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



