Status MP BERSATU: Tunggu Speaker Buat Kesimpulan | Malaysia News

Status MP BERSATU: Tunggu Speaker Buat Kesimpulan

SA Vigneswaran - MP BERSATU

Status MP BERSATU: Tunggu Speaker Buat Kesimpulan

Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara, SA Vigneswaran, berpendapat kedudukan enam ahli parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim perlu diputuskan oleh Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul.

Katanya, speaker Dewan Rayat adalah orang yang paling layak untuk membuat kesimpulan sama ada definisi “terhenti keahlian” yang dibangkitkan membawa maksud dipecat atau melompat parti.

Enggan mengulas lebih panjang berkaitan tafsiran itu, Vigneswaran berkata dia belum dapat membuat sebarang pendirian.

“Saya pun sedang mengkaji dari sudut undang-undang. Saya nampak ada ramai pemimpin membuat komen bagi menyatakan pendirian masing-masing.

“Dalam akta, ia (kuasa membuat kesimpulan) memang jelas adalah di bawah speaker (Dewan Rakyat). Kita perlu menunggu speaker buat kesimpulan,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Vigneswaran yang juga Presiden MIC diminta mengulas isu dibawa Bersatu selepas enam ahli parlimen bersama seorang Adun mereka berpaling tadah dengan menyatakan memberi sokongan kepada Anwar selaku perdana menteri.

Bagaimanapun kesemua mereka tidak meninggalkan Bersatu.

Bersatu berjaya meminda perlembagaan parti itu baru-baru ini dalam usaha mereka untuk menghalang ada lagi wakil rakyatnya berpaling tadah pada masa hadapan.

Melalui pindaan itu, mana-mana wakil rakyat yang mengingkar arahan parti dianggap sebagai “terhenti keahlian” mereka secara serta-merta dan semua jawatan termasuk ahli parlimen dan Adun lucut secara automatik.

Susulan itu Kketua Whip Bersatu di Dewan Rakyat Ronald Kiandee mengemukakan notis berkaitan kepada Johari memohon supaya enam kerusi parlimen dipegang oleh wakil rakyat terbabit diisytihar kosong.

Dalam satu kenyataan media, Ronald yang juga naib presiden Bersatu berkata, keahlian parti keenam-enam mereka yang sebelum ini menyokong Anwar telah terhenti secara serta-merta. [MK]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply