Anwar percaya keputusan MB Selangor ikut dasar parti – Hutan Simpan
Anwar percaya keputusan MB Selangor ikut dasar parti – Hutan Simpan
MTN – Presiden PKR Anwar Ibrahim percaya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari akan mengambil tindakan selaras dengan dasar parti itu berhubung penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Katanya, PKR telah mendengar penjelasan Amiruddin Shari mengenai isu itu.
“Saudara Amirudin Shari juga telah bertemu dengan saya untuk perbincangan lanjut terkait hal yang sama.
“Oleh yang demikian, saya percaya menteri besar dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang selaras dengan dasar parti terkait pengekalan dan pemeliharaan alam sekitar dan hutan simpan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.
Penyahwartaan HSKLU yang dibuat Mei lalu, hanya didedahkan ketika sesi soal jawab sidang DUN Selangor pada 30 Ogos.
Anwar pada 31 Ogos berkata kepemimpinan PKR sejak tahun lepas telah meminta untuk penyahwartawaan itu dibatalkan.
Penyahwartaan itu dibuat setelah keputusan dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-17/2021 pada 5 Mei lepas yang disahkan oleh MMKN ke-18 pada 19 Mei, membabitkan 536.70 hektar kawasan di bawah Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.
Pendengaran awam mengenai rancangan penghapusan pewartaan itu diadakan pada bulan September tahun lalu, yang mana ramai pihak membantah tindakan tersebut.
Hutan di Kuala Langat Utara merupakan hutan paya gambut warisan alam bernilai berhampiran Cyberjaya dan habitat semulajadi untuk haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan.
Untuk rekod, pada November tahun lalu, DUN Selangor sebulat suara meluluskan usul yang menggesa kerajaan negeri membatalkan membatalkan rancangan penyahwartaan HSKLU, supaya kawasan hutan simpan dan tadahan air itu dapat dikekalkan dan dipelihara. [MK]
Author Profile
Latest entries
- InternationalJanuary 17, 2025Thailand kemas kini program visa jangka panjang
- InternationalJanuary 16, 2025Perjanjian gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
- Seni & HiburanJanuary 16, 2025Lisa Surihani pilih naskhah punya nilai keagamaan
- NationalJanuary 15, 2025Panglima baru ATM tak lama lagi, tunggu perkenan Agong