SME Bank Dan SDB Sedia Pembiayaan Untuk Usahawan PKS Sabah | Malaysia News
September 18, 2024

SME Bank dan SDB sedia pembiayaan untuk usahawan PKS Sabah

SME Bank Malaysia

SME Bank dan SDB sedia pembiayaan untuk usahawan PKS Sabah

Kuala Lumpur, MTN – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) hari ini memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sabah Development Bank Berhad (SDB) yang merangkumi pelbagai pakej pembiayaan serta program pembangunan usahawan bernilai RM150 juta.

Antara inisiatif yang terkandung dalam MoU bersama SDB itu ialah menyediakan Pakej Pembiayaan dengan Jaminan SDB dan kemudahan pembiayaan ‘club deal’ bagi projek berskala besar untuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) khususnya di Sabah, perkongsian sumber dan kerjasama melaksanakan program pembangunan usahawan serta mempromosikan kemudahan yang disediakan oleh kedua-dua pihak.

“Antara sektor yang menjadi perhatian dalam kerjasama ini ialah perindustrian, pelancongan dan aktiviti pembuatan serta perdagangan sektor pertanian yang seiring dengan teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2021-2025,” katanya.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail, berkata SME Bank sudah lama bertapak di Sabah dan melalui tiga cawangannya (Pusat Wilayah Sabah, Pusat Enterpris Kota Kinabalu dan Pusat Enterpris Tawau) meluluskan lebih RM118 juta pembiayaan kepada 184 PKS pada tun 2020 dan bagi 2021 sehingga bulan Julai, pembiayaan bernilai RM88 juta diluluskan kepada 150 PKS.

Pada majlis MoU itu, SME Bank dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) turut bertukar dokumen surat hasrat untuk program pembangunan usahawan Asnaf di Sabah. [BH]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply