Arab Saudi buka Umrah bermula 9 Ogos
Arab Saudi buka Umrah bermula 9 Ogos
Kaherah, MTN – Arab Saudi akan mula menerima permintaan haji dan umrah dari luar negara untuk jemaah yang sudah divaksin mulai 9 Ogos, selepas lebih setahun tidak menerima jemaah dari luar negara kerana wabak Covid-19, lapor agensi berita negara SPA awal pagi Ahad.
Dengan kapasiti yang akan meningkat kepada 2 juta jemaah dari 60,000 jemaah setiap bulan, Makkah dan Madinah akan mula menyambut pengunjung dengan mengambil langkah-langkah pencegahan Covid-19.
Seorang pegawai di Kementerian Haji dan Umrah mengatakan bahawa jemaah haji dari dalam dan luar negara perlu menyertakan sijil vaksinasi Covid-19 yang disahkan bersama dengan permohonan mereka.
Jemaah dari negara-negara yang termasuk dalam daftar larangan masuk Arab Saudi harus dikuarantin sebaik sahaja tiba, tambah laporan itu.
Umrah, yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun, dibuka semula pada bulan Oktober lalu untuk jemaah domestik.
Buat tahun kedua, tanah suci bagi umat Islam itu hanya membuka pintunya untuk jemaah haji domestik sahaja susulan penularan Covid-19. [SH]
Author Profile
Latest entries
- TokohJanuary 12, 2025‘Giliran mencuri’ – Anak Pak Lah nafi tuduhan Dr M
- TokohJanuary 11, 2025Mahathir – Anak Pak Lah beritahu anak saya, kini giliran kami mencuri
- InternationalJanuary 10, 2025Kebakaran Los Angeles, Jumlah korban meningkat kepada 10
- InternationalJanuary 10, 2025Trump umum atur pertemuan bersama Putin