ATM Bersama JKR Bina Jambatan Sementara Di Kampung Jawa | Malaysia News
February 21, 2024

ATM bersama JKR bina jambatan sementara di Kampung Jawa

Banjir - Jambatan - Kampung Jawa

ATM bersama JKR bina jambatan sementara di Kampung Jawa

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Operasi Murni (Op Murni) bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), bagi membina jambatan sementara di Kampung Jawa, Sungai Lui, Hulu Langat dekat sini, bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh akibat banjir bulan lepas.

ATM dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini menyatakan jambatan ‘Compact Bailey 200’ sepanjang 18.24 meter (m) dan lebar 7.35 m itu, merupakan aset yang dibekalkan oleh JKR Selangor dan akan memberi manfaat kepada 12 keluarga yang menetap di kampung berkenaan.

“Pemasangan jambatan ini merupakan usaha bagi memulihkan laluan perhubungan penduduk di kawasan tersebut, yang terjejas kerana jambatan asal runtuh akibat banjir baru-baru ini.

“Program ini di bawah Markas 4 Divisyen dan bantuan Rejimen Askar Jurutera DiRaja melalui Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja (2 Skn RAJD), telah berkolaborasi dengan JKR Daerah Hulu Langat dan Daerah Petaling dalam kerja-kerja pemasangan jambatan ini,” menurut kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu menyatakan penugasan berkenaan, adalah selaras dengan Teras Kementerian Pertahanan dan ATM serta Tonggak Ke-5 Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu Meningkatkan Kerjasama ATM dan Tentera Darat Malaysia bersama dengan agensi awam dan rakyat.

Sementara itu JKR dalam kenyataannya menyatakan jambatan berkenaan akan boleh digunakan oleh orang ramai, bermula Selasa ini.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply