Banjir di Sabah memburuk, mangsa banjir lepasi angka 3,000

Banjir di Sabah memburuk, mangsa banjir lepasi angka 3,000
Seramai 2,435 orang mangsa banjir di negeri Sabah ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir di beberapa daerah kian memburuk.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah menasihatkan orang awam khususnya yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai untuk berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca ketika ini berikutan tidak menentu.
Jumlah mangsa banjir di beberapa daerah di Sabah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) melepasi angka 3,000 orang.
Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 3,385 mangsa daripada 1,329 keluarga masih ditempatkan di 30 PPS.
Jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan, berbanding 3,365 mangsa daripada 1, 331 keluarga setakat jam 9 malam tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, enam daerah yang masih dilanda banjir ialah Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Telupid dan Paitan.
Katanya, Kota Marudu mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 2,668 orang daripada 1,120 keluarga yang dipindahkan di 14 PPS berasingan.
“Selain itu, seramai 319 mangsa daripada 120 keluarga ditempatkan di empat PPS di Pitas.
“Di Telupid, tujuh PPS dibuka membabitkan 216 mangsa daripada 49 keluarga, manakala Paitan 99 mangsa daripada 23 keluarga yang dipindahkan ke tiga PPS berasingan.
“Sandakan pula seramai 45 mangsa daripada tujuh keluarga yang dipindahkan ke sebuah PPS,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Katanya, daerah yang turut terjejas ialah Beluran yang mencatatkan 38 mangsa daripada 10 keluarga yang kini berada di satu PPS.
Author Profile

Latest entries
NationalMay 31, 2026Bunyi letupan meriam di Putrajaya pada 3, 5 Jun
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen



