Batal Ordinan Darurat Menimbulkan Isu Kesahihan Kerajaan PN | Malaysia News

Batal Ordinan Darurat menimbulkan isu kesahihan kerajaan PN

Najib Razak

Batal Ordinan Darurat menimbulkan isu kesahihan kerajaan PN

Kuala Lumpur, MTN – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menjawab beberapa persoalan kepada rakyat selepas bertindak membatalkan enam Ordinan Darurat semalam.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggariskan tiga persoalan utama kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyididn Yassin.

“Pertama, kerajaan PN perlu jawab samada proses undang-undang yang sewajarnya telah diamalkan dalam erti kata apa-apa pembatalan Ordinan Darurat mesti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan digazetkan, ini tidak dijelaskan.

“Kedua, sama ada pembatalan Ordinan Darurat ini boleh dibuat secara terkebelakang. Sama ada ini boleh dilakukan sebab implikasinya terhadap apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa selepas 21 Julai itu mungkin boleh dipersoalkan atau terbatal dari segi undang-undang,” katanya dalam sidang media secara maya di Parlimen hari ini.

Najib juga berkata, pembatalan keenam-enam ordinan yang sama dalam Proklamasi Darurat boleh menimbulkan isu kesahihan daripada segi undang-undang dan keabsahan kerajaan PN.

Maknanya soal kesahan kerajaan dari 21 Julai sehingga 1 Ogos (itu akan dipersoalkan),” katanya.

Menurut Najib lagi, sebarang pembatalan ordinan darurat bukan sahaja perlu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong malah perlu dibentangkan di kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Beliau selaku bekas Perdana Menteri di bawah Barisan Nasional (BN) sendiri pernah membuat pembatalan Ordinan Darurat dengan menggunakan kedua-dua jalan tersebut.

“Kenyataan semalam amat mengelirukan rakyat dan Dewan Rakyat, maka penjelasan yang tepat dan terperinci perlu dilakukan sebelum menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan rakyat dan ahli Parlimen.

“Kalau pembatalan Ordinan Darurat mesti ikut proses undang-undang yang sewajarnya, maknanya Kabinet menasihatkan YDPA dan baginda memperkenan dan digazetkan dan baru ia lengkap dari segi undang-undang.

“Ini pernah dilakukan, zaman saya dahulu pun undang-undang darurat yang kita batalkan mengikut proses ini,” katanya lagi. [MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply