Sidang khas Parlimen tanpa undian bukanlah persidangan yang dihasratkan oleh Agong
Sidang khas Parlimen tanpa undian bukanlah persidangan yang dihasratkan oleh Agong
MTN – Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula pada Isnin sepatutnya menjadi medan terbaik untuk merungkai dan menyelesaikan pelbagai isu negara, termasuk keabsahan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, bagaimanapun, Mesyuarat Khas Parlimen yang diadakan tanpa undian mengenai apa-apa isu bukanlah persidangan yang dihasratkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja seperti dititahkan pada 16 Jun lalu.
Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, istilah yang disebut secara jelas dalam titah Baginda adalah ‘persidangan Parlimen’ dan bukannya ‘Mesyuarat Khas’.
“Perbezaan itu mungkin dianggap remeh, namun ketiadaan undian dalam Mesyuarat Khas Parlimen bermakna keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh disahkan, termasuk membahaskan pelbagai keputusan kerajaan yang dilihat gagal menyelesaikan kemelut negara,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Selasa.
Mukhriz berkata, berdasarkan tindakan yang diambil oleh kerajaan, sama ada aspek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), program vaksinasi, pengisytiharan Darurat serta perbelanjaan yang berkait dengannya, jelas menunjukkan kegagalan kerajaan menangani wabak Covid-19.
“Kesannya kini ketara terhadap kehidupan rakyat, ini dibuktikan dengan peningkatan mendadak kes jangkitan dan kematian sepanjang tempoh setahun tujuh bulan PN mentadbir.
“Kes harian meningkat mendadak, bukan menurun. Dalam masa seminggu sahaja, antara 20 hingga 26 Julai, 1,053 nyawa terkorban akibat Covid-19. Adakah wajar kita menunggu sehingga 6 September untuk menentukan kerajaan yang gagal ini perlu ditukar?” soalnya.
Menurutnya, tempoh singkat persidangan atau lebih tepat Mesyuarat Khas Parlimen bukan isu utama, sebaliknya yang menimbulkan persoalan adalah sikap kerajaan PN yang sengaja membelakangi titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, ahli Parlimen serta seluruh rakyat berhubung krisis Covid-19 dan keabsahan kerajaan PN. [SH]
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC
- NationalJuly 3, 2024RM699 juta bina Hospital wanita dan kanak-kanak di Melaka