Pembangkang Usul Rujuk Takiyuddin Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen | Malaysia News

Pembangkang usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Pembangkang usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Pembangkang usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

MTN – Anggota parlimen PH mahukan penjelasan berhubung kenyataan bercanggah berkaitan status ordinan darurat.

Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu) berkata bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan menteri undang-undang Takiyuddin Hassan dan menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa hadir mesyuarat yang sama pada 21 Julai.

“Sebab itu saya tak fikir perkara ini harus dibiarkan. Satu penjelasan mesti dicapai dalam perkara ini,” katanya.

Saifuddin Nasution Ismail

Saifuddin berkata demikian ketika membahaskan taklimat menteri penyelaras vaksin Covid-19 Khairy Jamaluddin di parlimen.

Setakat ini belum ada warta bagi membuktikan ordinan darurat dimansuhkan pada 21 Julai seperti didakwa Takiyuddin.

Perkara itu juga tidak pasti sama ada telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Gobind Singh Deo

Sebelum itu, anggota parlimen pembangkang mendakwa Takiyuddin mengelirukan dewan dalam perkara itu dan mahu ia diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Usul tersebut diajukan oleh Gobind Singh (PH-Puchong) dan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) susulan pemakluman berkenaan darurat dan ordinan yang disifatkan mengelirukan Dewan Rakyat.

Katanya, ia mengikut Peraturan Mesyuarat 36(12) dan perkara sama turut dibangkitkan Hanipa Maidin (Amanah-Sepang).

Gobind turut meminta satu keputusan dibuat segera bagi menentukan perjalanan sidang yang berlangsung selama lima hari hingga 2 Ogos ini.

“Saya sendiri yang failkan tadi dan saya sendiri yang jumpa tuan Speaker pada masa itu.

“Saya minta petua bagaimana keputusan boleh dibuat dan adakah kita dibenarkan untuk bahas usul ini.

“Jika tidak saya akan terus berhujah kerana usulnya sudah ada,” katanya.

Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Rashid Hasnon (PN-Batu Pahat) kemudian berkata Pejabat Speaker akan memberi maklum balas kemudian.

Sebelum ini, Takiyuddin memaklumkan kerajaan telah memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat sebaik sahaja tamat pada 1 Ogos ini.

Kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu, perkara tersebut telah diputuskan pada 21 Julai lalu.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bertanggungjawab memutuskan setiap isu yang mempengaruhi kuasa dan hak istimewa Dewan dan mempunyai kuasa memberi sekatan kepada setiap anggota Parlimen berhubung pelanggaran seperti membuat kenyataan mengelirukan atau menghina di Parlimen.

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply