UMNO tidak mengetahui pembatalan Ordinan Darurat

UMNO tidak mengetahui pembatalan Ordinan Darurat
Kuala Lumpur, MTN – UMNO tidak mengetahui Ordinan Darurat sudah dibatalkan sejak 21 Julai lalu walaupun ada segelintir ahli Parlimen UMNO menyertai kerajaan.
“Ini antara bukti mengapa UMNO tidak boleh dikait dengan kegagalan Kerajaan Persekutuan. Ianya kerana Ahli Parlimen dari UMNO terbabit bekerja untuk Kerajaan Persekutuan bernama Perikatan Nasional (PN).
“Bukan lagi Kerajaan Persekutuan bernama Barisan Nasional (BN) yang tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 angkara fitnah,” kata Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu hantaran di Facebook.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menjelaskan ia ibarat sukan apabila pemain pasukan ‘A’ diimport dan dibayar bermain untuk pasukan ‘B’.
Persoalannya, jika pasukan B gagal adakah pasukan A juga perlu dipersalahkan, soalnya.
“Ini dua organisasi yang berbeza, pengurusan berbeza, cara dan falsafahnya juga berbeza,” katanya.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



