Bekas polis didakwa bunuh Floyd ditawar jaminan US $1.25 Juta

Bekas polis didakwa bunuh Floyd ditawar jaminan US $1.25 Juta
MINNESOTA – Bekas anggota polis yang didakwa membunuh seorang lelaki kulit hitam, George Floyd ditawarkan jaminan sebanyak AS$1.25 juta.
Pendakwa-pendakwa Raya menjadikan ‘pertuduhan yang serius’ dan kemarahan orang ramai sebagai alasan untuk mendapatkan jaminan melebihi daripada AS$ 1 juta.
Derek Chauvin menghadapi tuduhan membunuh dan cubaan membunuh.
Manakala tiga lagi anggota polis lain didakwa membantu dan bersubahat membunuh.
Kematian Floyd pada bulan Mei lalu menyebabkan protes global dan seruan untuk melakukan reformasi dalam pasukan polis.
Chauvin, yang berkulit putih, berlutut pada leher Floyd selama hampir sembilan minit semasa menangkapnya di Minneapolis pada 25 Mei.
Tertuduh bersama tiga lagi rakannya kemudiannya dipecat atas kematian Floyd.
Chauvin yang sudah 19 tahun bertugas sebagai polis tidak mengemukakan pengakuan ketika dia muncul melalui telepersidangan pada hari Isnin.
Dia yang digari dan memakai pakaian banduan tidak bercakap selama 15 minit pendengaran kes.
Hakim Jeannice M Reding menetapkan jaminan AS$ 1,25 juta tanpa syarat, atau $ 1 juta dengan syarat yang merangkumi Chauvin tidak boleh menghubungi keluarga Floyd.
Tertuduh diminta menyerahkan senjata api dan tidak boleh bekerja sebagai penguatkuasaan undang-undang atau keselamatan sementara menunggu kes dibicara.
Peguamnya tidak membantah harga jaminan yang ditawarkan.
Chauvin, 44, kini ditahan di penjara Minnesota di Oak Park Heights, setelah dipindahkan beberapa kali.
Kesnya akan disebut semula pada 29 Jun ini. [MG]
Author Profile

Latest entries
IT & Social MediaFebruary 14, 2025Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE
IT & Social MediaFebruary 14, 2025YouTube Shorts mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI
IT & Social MediaFebruary 13, 2025DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia
Seni & HiburanFebruary 12, 2025G-Dragon, Bintang K-Pop kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun