“Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa” – Wan Azizah, Anwar Ri Ulang Tahun Perkahwinan

“Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa” – Wan Azizah, Anwar Ri Ulang Tahun Perkahwinan
KUALA LUMPUR: Ketika keadaan negara sedang bergolak susulan kemelut politik, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini sempat berkongsi ucapan ulang tahun perkahwinan kepada suaminya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran ringkas di akaun rasmi Twitter, beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR mengiringi ucapan itu dengan catatan penghargaan ke atas kesetiaan hubungan perkahwinan bersama Anwar.
“Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama.
Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa,” tulis beliau di catatan akaun media sosial meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-40.
Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.
Selamat ulang tahun perkahwinan bersama @anwaribrahim yang ke 40. pic.twitter.com/KIAIJptjWN
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) February 26, 2020
Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menitipkan ucapan selamat hari ulang tahun perkahwinan buat isterinya menerusi laman Facebook beserta hantaran gambar mereka berdua memotong kek dengan hashtag #duniaakhirat #tilljannah.
Hantaran berkenaan menerima lebih 20,000 tanda suka dan menerima pelbagai komen netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan pasangan itu.
Kedua-dua mereka yang juga merupakan pemimpin tertinggi dalam kerajaan Pakatan Harapan menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama rombongan Ahli Parlimen PKR yang lain dalam sesi kedua di Istana Negara hari ini.
Bersama ahli2 parlimen Keadilan menjunjung kasih merafak sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDPA XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara. pic.twitter.com/EPjMr8mvyc
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) February 26, 2020
Anwar dan Azizah berkahwin pada 26 Februari 1980 dan perkahwinan mereka diserikan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.
-AstroAwani
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanApril 24, 2025Treler filem Keluang Man, tambah keterujaan peminat
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia