Biarlah Hadi Awang Terus Merancang Dan Mengigau - PM Anwar | Malaysia News
February 23, 2024

Biarlah Hadi Awang terus merancang dan mengigau – PM Anwar

PM Anwar Ibrahim

Biarlah Hadi Awang terus merancang dan mengigau – PM Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak begitu mengendahkan ramalan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan pimpinannya akan tumbang tidak lama lagi.

“Tak apalah, biar dia (Hadi) merancang dan mengigau,” katanya ringkas kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, hari ini.

Dia berkata demikian ketika mengulas kenyataan Hadi ketika sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur pada 1 Mac lalu.

“Orang tanya bila berlaku ini, ini ramalan. Insya-Allah (akan berlaku) dalam masa terdekat,” katanya, tanpa menyebut berdasarkan apa jangkaannya itu dibuat, mahupun jika PN sedang mengaturkan sesuatu berkenaannya.

Abdul Hadi Awang - PAS

Kenyataan itu sehari selepas Hadi berkata pembangkang tidak boleh dipersalahkan jika pentadbiran PH runtuh sekali lagi.

“Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah,” katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Untuk rekod, ahli parlimen Marang itu sebelum ini pernah berkata dia adalah individu yang memulakan langkah untuk menumbangkan kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohammad pada 2020, selepas 22 bulan memerintah negara.

Ramalan Hadi itu mengundang kecaman beberapa pemimpin PH, antaranya Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar yang menyifatkannya sebagai bercanggah dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kestabilan politik diwujudkan, serta menjejaskan proses pemulihan ekonomi negara.

Adun Kota Anggerik dari PKR, Najwan Halimi pula menyifatkan Hadi belum pulih daripada penyakit ‘kemurungan politik’ dan tidak dapat menerima realiti pada masa ini. [MK]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply