BN Menang PRK Slim Dengan Majoriti 10,945 Undi (91 Peratus ) | Malaysia News

BN Menang PRK Slim dengan Majoriti 10,945 undi (91 peratus )

BN Menang PRK Slim dengan Majoriti 10,945 undi (91 peratus )

BN Menang PRK Slim dengan Majoriti 10,945 undi (91 peratus )

BN raih 91 peratus sokongan pengundi Melayu

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memperoleh sokongan sehingga 91 peratus daripada pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam, selain meraih peningkatan sokongan pengundi Cina dan India sebanyak 68 peratus dan 61 peratus.

Peratusan itu berdasarkan analisis awal badan penyelidik, Ilham Centre, ke atas keputusan PRK DUN Slim, malam tadi yang menyaksikan calon BN, Mohd Zaidi Aziz menang dengan majoriti lebih besar, 10,945 undi.

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim, berkata berdasarkan situasi ini, boleh dibuat rumusan awal bahawa sokongan komuniti Cina dan India terhadap BN sudah mula pulih, sekurang-kurangnya dalam PRK ini.

Sepanjang kempen Slim ini, katanya BN banyak mengangkat tema muafakat sebagai agenda kempen mereka, jenama BN dan Muafakat Nasional (MN) dipelopori lebih banyak berbanding jenama Perikatan Nasional.

“Apabila majoriti pemilih Cina dan India yang keluar mengundi memilih BN, maka kita boleh membuat rumusan awal bahawa gagasan MN mula diterima oleh kedua-dua komuniti ini.

“Kejayaan ini juga banyak disumbangkan oleh peranan MCA dan MIC yang berjaya merasionalkan kerjasama BN dan MN kepada komuniti mereka, termasuk menerima keberadaan PAS dalam gabungan,” katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz (tengah) meraikan kemenangan bersama pimpinan tertinggi BN termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kanan) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di pusat penjumlahan undi di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim malam tadi.

Berbanding keputusan PRU (Pilihan Raya Umum) Ke-14 lalu, beliau berkata, keputusan semalam menunjukkan peningkatan sokongan pengundi Cina kepada BN sebanyak 50 peratus dan India 37 peratus.

Menyentuh pola sokongan pengundi Pakatan Harapan (PH) dalam PRK kali ini, Mohd Yusri berkata, PH sendiri tidak membantu kempen dengan sepenuh kekuatan, PKR khususnya hanya membantu ala kadar, hanya Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP yang memberi komitmen penuh.

“Calon Pejuang yang disokong oleh PH, ini hanya memperoleh sembilan peratus undi Melayu, 31 peratus Cina dan 25 peratus India. Jika disandarkan kepada pencapaian PH dalam PRU-14, calon Pejuang ini hilang 10 peratus undi Melayu, 51 peratus undi Cina dan 50 peratus undi India,” katanya.

Beliau berkata, bagi PH, keputusan PRK ini memberi mesej besar kepada mereka bahawa jika ingin mencabar BN, mereka perlu menggemblengkan kekuatan secara optimum, jika tidak mereka akan ditewaskan dengan mudah oleh gabungan parti kerajaan.

Mengulas sama ada keputusan PRK DUN Slim memberi momentum positif kepada BN mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, beliau berkata, situasi di Sabah berbeza, sentimen MN tidak wujud sama sekali di sana, bahkan aspirasi muafakat tidak mendapat sambutan di Sabah.

“Keputusan di Slim ini tidak memberi petunjuk corak dan pola pengundian dalam PRN Sabah. Pertembungan di Sabah banyak dipengaruhi faktor tempatan, parti yang lebih kuat menunjukkan nilai dan aspirasi Sabah bakal mendapat sokongan kuat pengundi,” katanya.

Namun Mohd Yusri berkata, keputusan PRK Slim membayangkan sokongan baik pengundi semenanjung kepada MN, memberi kelebihan kepada mereka untuk memasuki kempen PRU Ke-15 dalam masa terdekat. [BH]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply