BYE BYE MUHYIDDIN – Dengan Sokongan 129 MP, Mahathir Akan Mengadap Agong Untuk Bentuk Kerajaan Baharu
BYE BYE MUHYIDDIN – Dengan Sokongan 129 MP, Mahathir Akan Mengadap Agong Untuk Bentuk Kerajaan Baharu
Kuala Lumpur, MTN – Blogger Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin mendakwa Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bagi mengantikan Perikatan Nasional.
Shahbudin berkata demikian melalui catatan di laman Facebooknya.
“Nombor sudah ada, calon PM pun sudah dipersetujui…bye bye Muhyiddin!!!,” tulisnya ringkas.
Perkara yang sama turut dibangkit
oleh blogger Raja Petra Raja Kamarudin.
“Menurut Shahbudin Husin, Tun Mahathir Mohammad telah mempunyai sokongan 129 ahli parlimen dan akan mohon untuk mengadap Agong dalam masa terdekat untuk mempersembahan jumlah sokongan serta memohon untuk mengangkat sumpah sebagai PM ke 9. Anwar akan kekal sebagai bakal perdana menteri,”
Terdahulu Shahbudin turut membayangkan gabungan Mahathir-Anwar hanya menunggu masa untuk mengantikan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Pengakuan sokongan mereka itu sudah sedia ada di tangan Tun Mahathir dan Anwar serta hanya menunggu masa, seawalnya dalam Sidang Parlimen 13 Julai nanti untuk ia dibuktikan.
“Awas Muhyiddin, masa kejatuhan kerajaan tebuk atap ini akan tiba tidak lama lagi,” tulisnya.
Kerajaan PH tumbang Februari lalu setelah Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai perdana menteri.
Susulan daripada itu Bersatu dan beberapa ahli parlimen PKR pimpinan Azmin Ali mengumumkan keluar daripada PH.
Yang Di Pertuan Agong kemudiannya mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen sebelum berkenan melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke 8.
Kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan melalui gabungan Bersatu dengan Barisan Nasional, GPS dan PAS.
BYE BYE MUHYIDDIN…..
Ada dua perkara penting yang menyebabkan peralihan kerajaan kepada PH tidak dapat dielakkan daripada berlaku tidak lama lagi.
Pertama, PH ketika ini sudah mempunyai cukup bilangan Ahli Parlimen yang menyokongnya dan kedua, siapa calon Perdana Menteri juga sudah dipersetujui.
Tetapi, perubahan kerajaan ini bukanlah mencuri mandat rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh PN sebelum ini, sebaliknya bertujuan mengembalikan semula mandat rakyat kepada PH sebagai pihak yang berhak dan dipilih rakyat dalam PRU14 lalu.
Dari segi bilangan Ahli Parlimen atau nombor yang ada, berapa jumlahnya sama ada 113, 115, 120 atau 129 bukanlah perkara mustahak kerana yang penting ia lebih daripada jumlah minimum 112.
Proses mengambil alih kerajaan ini dipercayai akan dilakukan melalui usul undi tidak percaya di Parlimen pada Julai akan datang.
Ia tidak dilakukan dengan cara mengumpul Akuan Bersumpah atau SD yang kemudian dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong sebagai bukti sudah ada cukup majoriti.
Difahamkan ini berikutan Ahli-Ahli Parlimen PN yang mahu menyokong PH atau dikenali sebagai “penyokong tersembunyi” masih tidak sedia secara terbuka menunjukkan sokongan mereka.
Sebaliknya, mereka hanya sedia menunjukkan sokongan kepada PH melalui undi sulit di dalam Parlimen.
Maka itu, demi keharmonian dan menjaga kepentingan semua pihak, walaupun nombor sudah mencukupi dan mungkin jumlahnya terus meningkat lagi, ia tidak akan dilakukan melalui pengumpulan SD, tetapi melalui sokongan terhadap usul undi tidak percaya di Parlimen yang akan dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad.
Berkenaan calon Perdana Menteri pula, sebagaimana yang telah disahkan oleh Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, ia telah pun dipersetujui semua pihak dalam PH.
“Kami hanya ada satu calon dan ia telah dipersetujui semua pihak.
“Dahulu (sebelum PRU14) kita tak pasti menang, maka perbincangan tidak dilakukan secara terperinci.
“Kini kita yakin akan kembali berkuasa, jadi kita lebih bersedia dengan perbincangan yang lebih terperinci,” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.
Seterusnya Khalid menambah, “PH sekarang lebih mantap kerana golongan pengkhianat sudah keluar. Mereka yang memberi tafsiran berbeza mengenai kepimpinan dan peralihan kuasa sudah tiada lagi.
Malah tegasnya, persetujuan yang dicapai sekarang ini lebih tepat dan mempunyai sokongan daripada semua pihak.
Hakikatnya, baik mengenai cukup nombor atau calon Perdana Menteri yang telah dipersetujui – tidak kira siapa calonnya – ia adalah suatu fakta yang benar, sahih dan tidak boleh dinafikan lagi.
Kemelut politik yang berterusan dan ketidakupayaan Muhyiddin Yassin dalam mengurus banyak masalah dalam negara menjadikan PH kembali mendapat sokongan.
Sebab itu, dalam sambutan Hari Raya baru-baru ini, wajah Tun Mahathir Mohamad nampak begitu ceria, tenang dan gembira saja.
Puncanya tidak lain, nombor sudah cukup ada dalam tangan.
Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, keceriaan dan kegembiraannya bersama keluarga dan anak cucu menyambut Hari Raya jelas dapat dilihat dengan nyata.
Sebabnya juga sama, nombor mencukupi sudah terjamin dalam genggaman.
Malah, jika dilihat berdasarkan rakaman video panggilan Hari Raya oleh Lim Guan Eng kepada Tun Mahathir, Anwar dan Mohamad Sabu, turut sama dapat dilihat betapa gembira dan cerianya semua mereka.
Dahulu ketika dalam kerajaan pun mereka tidak seceria dan segembira begitu.
Kenapa semua mereka ceria dan gembira?
Jawapannya juga tidak lain – nombor untuk menjadi kerajaan semula sudah cukup dalam tangan.
Lalu, apa lagi?
Bye bye Muhyiddin…..(Shahbudindotcom 28/05/2020)