Menentang Penubuhan Kerajaan PN, Tun M Dan Mukhriz Dipecat Daripada Bersatu | Malaysia News

Menentang Penubuhan Kerajaan PN, Tun M dan Mukhriz Dipecat Daripada Bersatu

Menentang Penubuhan Kerajaan PN, Tun M dan Mukhriz Dipecat Daripada Bersatu

Kuala Lumpur, MTN – Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz antara lima ahli Parlimen yang dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah turut dipecat.

Kesemua mereka dipecat kerana menentang penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang.

Berdasarkan surat pemecatan yang ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya itu bertarikh hari ini yang tular di media sosial.

“Maka dengan ini, dimaklumkan bahawa menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan PPBM, keahlian anda dalam Bersatu adalah terhenti serta-merta,” menurut surat berkenaan.

Sebelum ini, Mahathir merupakan Pengerusi Bersatu manakala Mukhriz merupakan Timbalan Presiden Bersatu manakala Syed Saddiq ialah Ketua ARMADA.[mg]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply