Cash is king – Logik Najib Razak tak logik

Cash is king – Logik Najib Razak tak logik
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata penjelasan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak berhubung ungkapan “cash is king” (duit itu raja) sebagai tidak logik.
Menurutnya, dia tidak faham logik Najib bahawa ‘king’ itu merujuk kepada rakyat yang dipertahankan dalam dalam debat dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim malam tadi.
“Maksudnya “cash is rakyat”?
“Saya tak faham logik tersebut,” katanya dalam tulisan di Facebook, hari ini.
Dalam Debat Perdana semalam, Najib berkata dia menggunakan pendekatan “cash is king”, antaraya dengan memberi bantuan tunai BR1M, lebih mudah membantu rakyat ketika susah.
Menurutnya, pengenalan pembayaran tunai secara terus kepada rakyat yang diperkenalkan bawah pentadbiran berjaya menyegerakan bantuan kepada rakyat.
Bagaimanapun, Anthony Loke yang juga ahli parlimen Seremban berkata dia lebih bersetuju dengan pendirian Anwar bahawa “cash is king” mewujudkan “sindrom kebergantungan” rakyat.
Anwar memberitahu bahawa “sindrom kebergantungan”bermaksud golongan miskin akan sentiasa bergantung kepada elit politik untuk bantuan dan terasa terhutang budi tanpa satu penyelesaian jangka panjang. [MK]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



