Che Puan Khaleeda Ikrar Dapatkan Keadilan Untuk Bella | Malaysia News

Che Puan Khaleeda ikrar dapatkan keadilan untuk Bella

Che Puan Khaleeda Bustamam - isteri kepada TMJ

Che Puan Khaleeda ikrar dapatkan keadilan untuk Bella

Kes penderaan membabitkan remaja Sindrown Down yang dikenali sebagai Bella mendapat perhatian Che Puan Khaleeda Bustamam, isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Che Puan Khaleeda menerusi hantaran di InstaStory, menzahirkan rasa simpati terhadap nasib Bella dan berikrar akan membantu remaja orang kurang upaya (OKU) itu mendapatkan keadilan sewajarnya.

“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella.

“Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya.

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik tentera peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” katanya.

Kes dera terhadap Bella mendapat perhatian dan perdebatan di media sosial apabila ramai netizen berpendapat nasib malang menimpa remaja OKU itu seolah-olah tidak diperjuangkan.

Malah netizen juga mempersoalkan 10 peguam yang diupah mewakili Siti Bainun Ahd Razali dalam melawan seorang remaja OKU.

Sebelum ini pengasas Rumah Bonda itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Menurut keterangan saksi di mahkamah, antara penderaan yang dihadapi Bella termasuk dipaksa makan najis sendiri, dibogelkan, diikat dan dibaringkan sebelum dicurahkan air panas berwap daripada mesin penapis air pada bahagian tertentu badan.

Saksi, Yasmin Nahar Mahmood, 18, yang juga penghuni Rumah Bonda berkata, Siti Bainun mendera Bella setiap hari selama hampir empat bulan sejak Mac 2021 hingga Jun 2021. [MK]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply