Bekas perdana menteri, Najib Razak dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah mempunyai tarikh untuk mengadakan perdebatan dengan berhubung isu Sapura Energy.
Perkara itu dimaklumkan wakil Najib, Isham Jalil yang turut memberitahu bahawa sidang media mengenainya akan diadakan dalam masa terdekat.
“Saya ingin memaklumkan bahawa kami dan pihak Datuk Seri Anwar telah bersetuju dengan satu tarikh untuk debat di atas (Debat Najib- Anwar) dan tarikh ini.
“Perkara-perkara berkaitan yang lain akan diumumkan bersama iaitu pihak Datuk Seri Najib dan pihak Datuk Seri Anwar dalam suatu sidang media bersama yang akan diadakan pada hari esok atau lusa,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, petang ini.
Debat antara Najib dan Anwar tercetus apabila Rafizi Ramli pada awalnya mencabar ahli parlimen Pekan untuk berdebat mengenai kemelut Sapura.
Menjawab cabaran Rafizi, Najib melontarkan cabaran untuk berdebat dengan Ketua pembangkang itu.
Pada 4 April lalu, Anwar menerima cabaran Najib untuk berdebat mengenai usaha menyelamatkan (bail out) syarikat Sapura Energy.
Dalam kenyataan dikeluarkan, Anwar berkata dia pernah mencabar Najib sejak sedekad lalu namun ia tidak bersambut.
“Saya bersedia untuk berdepan dan berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa dengan Najib,” katanya. [MK]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar