Covid 19, Dr Tan Yee Kew: Kerajaan PN Hentikan Umum Dasar Kabur
Covid 19, Dr Tan Yee Kew: Kerajaan PN Hentikan Umum Dasar Kabur
Kuala Lumpur, MTN – Kerajaan Perikatan Nasional yang kini dikenali sebagai kerajaan darurat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin digesa agar tidak terus membuat pengumuman kabur yang mengelisahkan rakyat, sebaliknya perlu menunjukkan kepimpinan yang berwibawa mentadbir negara.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkata, tanpa kepimpinan yang berwibawa maka rakyat akan putus asa melawan pandemik Covid 19 yang dalam masa sama dibatasi pula proklamasi darurat.
“Kita menggesa kerajaan pemerintah hari ini menunjukkan kepimpinan yang baik, bukan sekadar mengumumkan perancangan kurang jelas. Sebaliknya perlu menunjukkan komitmen membantu rakyat keluar dari perangkap ini.
“Realitinya rakyat sedang menderita akibat penularan Covid-19 yang tidak tahu bila akan berakhir dan ditambah pula kes semakin meningkat setiap hari serta dugaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi lebih malang lagi mereka turut berdepan dengan proklamasi darurat.
“Namun perkara yang paling menyayat hati adalah apabila mendengar kenyataan kerajaan bahawa mereka tidak mampu berbuat apa-apa mengenainya,” kata Dr Tan dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan emosi rakyat berada dalam ketidaktentuan yang buruk akibat pandemik wajar diteliti dan dicari jalan keluar.
Bagaimanapun, Dr Tan terkilan kerana kerajaan tidak memberi perhatian secukupnya dalam memperbaiki keadaan semasa.
“Ia termasuklah situasi pengangguran, masalah kemiskinan dan kelangsungan hidup, dan ini adalah antara beban yang akan terus menghantui setiap rakyat di negara ini.
“Rakyat ketika ini terperangkap dengan dasar yang tidak jelas daripada kerajaan darurat ini. Mereka terpaksa bertarung dengan soal jiwa dan mental, ada yang rindu untuk berada di samping keluarga dan mahu kembali ke kehidupan normal.
“Tambahan pula angka kematian semakin meningkat dan itu memberi kesan besar kepada rakyat,” katanya lagi.
Sebelum ini, pimpinan Pakatan Harapan pernah menawarkan untuk bermuafakat bersama kerajaan darurat demi memperbaiki kehidupan rakyat namun usaha itu hanya dipandang sepi pentadbiran Muhyididn Yassin
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri